Selasa, 23 Jun 2015

Seharian Di Kota Singa

Assalamuailaikum

sudah hampir tiga tahun aku tak bercuti dengan parents luar dari malaysia. last tahun 2012 kalau aku tak silap lah. itupun ikut mak sedara rombongan pejabat diorang. mula rancangnya pegi satu pejabat. bila tiba hari kejadian tinggal berapa kerat je.sebab apa deme tak pegi aku tak tahu dan taknak amik tahu.ha ha. janji aku tak kena tinggal.

kat tajuk pun dah tulis pasal cuti di Singapore, so tak payah nak mukadimah sangatla kan. he he

kami pegi hari jumaat,ikut pada jadual asal, pukul 7.30 dah kene berkumpul dekat tempat bus Sri Maju (tetiba kenapa sri maju??kata rombongan) sebabnya ramai yang tak berminat nak pegi.agaknya deme dah penah pegi kut.udah jemu.aku yelah itu kali pertama nak ke sana.berkobarnya lain macam la sikit.ha ha. walau cmne pun kami tetap under pakej.aku kira-kira termasuk lah diri aku dalam 25 orang yang join. kalau congak ikut keluarga dalam 9 keluarga kut.tapi ok jugak kan, pergi ramai-ramai kecoh je lebih nanti.

tadi aku kata jadual asalnya 7.30 kan, last-last pukul 9.00 pagi baru bus bergerak.aku dah ke toilet lebih dari dua kali.dengan perut laparnya.mana ada kedai makan kat hentian bus sri maju tu.if ada pun urmm. jangan buat pasal okeh.

pukul 10.30 pagi bus berhenti singgah kat Tapah.memang tak cukup tanah aku berlari.satu pasal bab makan.sebab dah tahan lapar dari ipoh lagi.bab kedua sebab nak terbuang yang ringan.kah kah.itu yang aku lemah kalau jalan jauh.tak undercontrol ^_^

Boleh dikatakan seharian aku dalam bus memang penat dan membosankan.takde satu benda pun yang boleh aku buat melainkan tido, makan jajan bila bangun dari tido. intai luar tingkap bus pastu buat muka sememeh sebab aku kira - kira dah macam nak sampai rupanya ada lebih saratus kilometer lagi. fine!!!!!

kami tiba di bandar Larkin, Johor Bharu lebih kurang jam 6.00 petang. Dari awal tadi aku bagitahu kitaorang naik bus srimaju so jangan anggap kitaorang ditatang bagai minyak yang penuh turun bus je dah terpampang pintu hotel.tadakkkk. kitaorang kena naik van pulak lepas tu kemudian baru dibawa ke hotel.tapi itu kitaorang tetap tak bayar jugak (still bawah pakej, kami dah bayar siap pada syarikat bus srimaju tuh termasuklah pakej lawatan dan main-main kat dalam USS singapore).yang ni pun aku baru tahu yang syarikat sri maju ada sediakan pakej.

Di malam hari, takde aktiviti langsung nak dibuat.lagipun memasing dah penat.kut.kitaorang semua cuma pegi makan. sebabkan tak ramai so kitaorang g makan sekali je satu meja.sapa bayar aku tak tahu.janji aku punya free of charge.*gila sengal*.aku sebenarnya nak jugak bagitahu apa kitaorang makan, macam mana rasa makanan di Johor, tapi sumpah gila beb aku lupa.hu hu.dah lama sangat peristiwa ni so takleh nak refresh balik semua memori.jadinya close bab makan kita sambung story untuk keesokan hari.

After bekfast *mat salleh sikit* kitaorang dah kene check out.pasal pa duk sehari je kat sini.tak puas lagi tau nak berangan ala-ala orang kaya kat hotel ni.kah kah.  kitaorang dibawa naik bus persiaran untuk masuk ke Sinapore. jap, aku nak jugak bagitahu satu rahsia*yg ini memang betul sengal*aku mati-matian ingatkan jambatan kat tambak johor tuh panjangnya macam jambatan kat Pulau Pinang.paling tidak pun pendek sikit. sekali..

taraaaaaa

ceh!!!sebenarnya aku sorang je yang tak tahu..malusss *tutup muka*

yeayyy. dah tiba kat USS Singapore.kejap-kejap aku cubit muka..kejap-kejap lagi aku cubit tangan sepupu aku. ha ha. sakit!! so memang betul aku dah ada kat sini bukannya mimpi..ceh..

sebenarnya nak cite banyak-banyak pun kisah waktu dalam USS ni aku pun dah banyak lupa. tapi mujurlah ada gambar. so cite based on gambar je. selamat melihat gambar dan selamat membaca ye anak-anak..ha ha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan