Selasa, 23 Jun 2015

Seharian Di Kota Singa

Assalamuailaikum

sudah hampir tiga tahun aku tak bercuti dengan parents luar dari malaysia. last tahun 2012 kalau aku tak silap lah. itupun ikut mak sedara rombongan pejabat diorang. mula rancangnya pegi satu pejabat. bila tiba hari kejadian tinggal berapa kerat je.sebab apa deme tak pegi aku tak tahu dan taknak amik tahu.ha ha. janji aku tak kena tinggal.

kat tajuk pun dah tulis pasal cuti di Singapore, so tak payah nak mukadimah sangatla kan. he he

kami pegi hari jumaat,ikut pada jadual asal, pukul 7.30 dah kene berkumpul dekat tempat bus Sri Maju (tetiba kenapa sri maju??kata rombongan) sebabnya ramai yang tak berminat nak pegi.agaknya deme dah penah pegi kut.udah jemu.aku yelah itu kali pertama nak ke sana.berkobarnya lain macam la sikit.ha ha. walau cmne pun kami tetap under pakej.aku kira-kira termasuk lah diri aku dalam 25 orang yang join. kalau congak ikut keluarga dalam 9 keluarga kut.tapi ok jugak kan, pergi ramai-ramai kecoh je lebih nanti.

tadi aku kata jadual asalnya 7.30 kan, last-last pukul 9.00 pagi baru bus bergerak.aku dah ke toilet lebih dari dua kali.dengan perut laparnya.mana ada kedai makan kat hentian bus sri maju tu.if ada pun urmm. jangan buat pasal okeh.

pukul 10.30 pagi bus berhenti singgah kat Tapah.memang tak cukup tanah aku berlari.satu pasal bab makan.sebab dah tahan lapar dari ipoh lagi.bab kedua sebab nak terbuang yang ringan.kah kah.itu yang aku lemah kalau jalan jauh.tak undercontrol ^_^

Boleh dikatakan seharian aku dalam bus memang penat dan membosankan.takde satu benda pun yang boleh aku buat melainkan tido, makan jajan bila bangun dari tido. intai luar tingkap bus pastu buat muka sememeh sebab aku kira - kira dah macam nak sampai rupanya ada lebih saratus kilometer lagi. fine!!!!!

kami tiba di bandar Larkin, Johor Bharu lebih kurang jam 6.00 petang. Dari awal tadi aku bagitahu kitaorang naik bus srimaju so jangan anggap kitaorang ditatang bagai minyak yang penuh turun bus je dah terpampang pintu hotel.tadakkkk. kitaorang kena naik van pulak lepas tu kemudian baru dibawa ke hotel.tapi itu kitaorang tetap tak bayar jugak (still bawah pakej, kami dah bayar siap pada syarikat bus srimaju tuh termasuklah pakej lawatan dan main-main kat dalam USS singapore).yang ni pun aku baru tahu yang syarikat sri maju ada sediakan pakej.

Di malam hari, takde aktiviti langsung nak dibuat.lagipun memasing dah penat.kut.kitaorang semua cuma pegi makan. sebabkan tak ramai so kitaorang g makan sekali je satu meja.sapa bayar aku tak tahu.janji aku punya free of charge.*gila sengal*.aku sebenarnya nak jugak bagitahu apa kitaorang makan, macam mana rasa makanan di Johor, tapi sumpah gila beb aku lupa.hu hu.dah lama sangat peristiwa ni so takleh nak refresh balik semua memori.jadinya close bab makan kita sambung story untuk keesokan hari.

After bekfast *mat salleh sikit* kitaorang dah kene check out.pasal pa duk sehari je kat sini.tak puas lagi tau nak berangan ala-ala orang kaya kat hotel ni.kah kah.  kitaorang dibawa naik bus persiaran untuk masuk ke Sinapore. jap, aku nak jugak bagitahu satu rahsia*yg ini memang betul sengal*aku mati-matian ingatkan jambatan kat tambak johor tuh panjangnya macam jambatan kat Pulau Pinang.paling tidak pun pendek sikit. sekali..

taraaaaaa

ceh!!!sebenarnya aku sorang je yang tak tahu..malusss *tutup muka*

yeayyy. dah tiba kat USS Singapore.kejap-kejap aku cubit muka..kejap-kejap lagi aku cubit tangan sepupu aku. ha ha. sakit!! so memang betul aku dah ada kat sini bukannya mimpi..ceh..

sebenarnya nak cite banyak-banyak pun kisah waktu dalam USS ni aku pun dah banyak lupa. tapi mujurlah ada gambar. so cite based on gambar je. selamat melihat gambar dan selamat membaca ye anak-anak..ha ha


Jamuan Raya di Pejabat Lama

Assalamuailaikum

Semalam aku dengan suami dapat jemputan berbuka puasa di pejabat lama aku dulu.  Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak atau nama singkatnya SDO.  Walau dah hampir 5 tahun aku meningglkan pejabat tuh, memori indah bersama staf-staf kat situ x pernah hilang pun.  malah makin lama makin indah..haha

6 tahun lebih aku di sana.  segala pengalaman kerja aku kutip waktu aku di situ.  tak aku sangkal first lapor diri kat situ dulu aku memang nak berhenti.  stress sangat..hi hi..ye la aku mana lah ada pengalaman kerja gov ni.  sekali masuk situ kena plak duduk kat unit kewangan..buat baucer bayaran.  aku time study dulu amik course IT. bila keja buat kewangan. Apa kes??memang bebal la kalau nak belajar pun kan.  tapi sebabkan staf-staf kat situ memang terbaik..bak kata orang "SDO mari tarak sombong", last-lastnya aku sendiri yang rasa kalau aku berhenti memang akulah staf SDO yang paling rugi.

ok la anyway ini bukan entry flascback. ini entry bebuka posa.flasback memori nanti kita buat next entry yup..hu hu..so meh continue balik story asal. 

so, aku dengan suami sampai ke majlis berbuka puasa tuh tepat jam 7.00 malam. waktu sampai je situ aku rasa macam aku salah majlis pulak.  semua orang yang aku jumpa waktu nak naik lift aku tak kenal langsung. Memang nampak sangat dah yang aku dah lama meninggalkan pejabat itu. 

tapi, elok pulak pintu lift terbuka, teruih ada dua orang kakak-kakak (umur dah baya mak aku, tapi aku jenis suka bagi orang lain terasa dirinya muda..heh heh heh) peluk aku erat-erat. terhiba tau. teruih semangat nak jumpa kawan yang lain-lain.  tiba je kat atas tengok ramai nya member-member lama.  masing-masing dah berubah..ada yang time dulu gemuk sekarang dah kurus. ada juga yang kurus dulu sekarang dah gemuk (ini aku) dan ada jgak yang maintain. mana yang dah kawin pulak dulu takde anak lagi sekarang jumpa dah berderet..aktif korang yerk..haha.

waktu ni aku rasa macam x nak makan je tapi nak menyembang.  rasa banyak perkara yang nak ditanya. hu hu mujur la encik suami tak kisah dan pandai bawak diri. suka tau puan isteri. boleh lari meja sana.meja sini menyembang.sory ye suami..he he.

selepas solat maghrib kami sambung balik makan-makan sehingga jam 8.30 malam kami terpaksa undur diri.  encik suami nak balik umah melepaskan hajat yang dari pagi terpendam. mua mua mua.

harap sangat lepas ni kita semua dapat jumpa lagi. cuma satu je aku agak terkilan. aku tak sempat nak berposing kenangan dengan diorang.  aku tengok keliling takde sorang pun bergambar. malu plak nak memulakannya. ha ha.

untuk tatapan hanya gambar ini je yang ado.gamba lama yang penuh dengan pelbagai cerita..

dah tengok kan. memang kuruih aku waktu ni

ok bye...

Ahad, 21 Jun 2015

ini bukan blog pertama

Assalamuailaikum

Memula sekali penulis blog ni nak kasi tahu, yang blog ini bukanlah blog yang pertama.haha..tapi apa korang kisah..ye dak..lantaklah nak blog yang ke 100 sekali pun..bukan de sesiapa nk tengok pun..huhu

Tapi tak mengapa, tujuan asal buat blog untuk sendiri baca bukan untuk sesiapa (kata-kata org kecewa) sebab aku banyak nak mengarut nih, kalau orang lain yang baca takut-takut korang muntah hijau..erkkk..yela kan aku pun bukan pandai nak mengarang..time sekolah dulu pun karangan bahasa melayu cukup-cukup lapik perut jer..hi hi hi..

hah!!disebabkan itu juga lah blog aku ni ada banyak. bila rasa macam tak berapa nak best je story kat situ, aku dengan gigihya memadam blog tersebut..lepas tu buka pulak blog baru..Fine!!

sekarang aku tired..hopefully yang ni blog aku yang last dan kekal selamanya di sini..haha..

please..doakan kejayaan aku..*tetiba..

Byee...