Selasa, 23 Jun 2015

Jamuan Raya di Pejabat Lama

Assalamuailaikum

Semalam aku dengan suami dapat jemputan berbuka puasa di pejabat lama aku dulu.  Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak atau nama singkatnya SDO.  Walau dah hampir 5 tahun aku meningglkan pejabat tuh, memori indah bersama staf-staf kat situ x pernah hilang pun.  malah makin lama makin indah..haha

6 tahun lebih aku di sana.  segala pengalaman kerja aku kutip waktu aku di situ.  tak aku sangkal first lapor diri kat situ dulu aku memang nak berhenti.  stress sangat..hi hi..ye la aku mana lah ada pengalaman kerja gov ni.  sekali masuk situ kena plak duduk kat unit kewangan..buat baucer bayaran.  aku time study dulu amik course IT. bila keja buat kewangan. Apa kes??memang bebal la kalau nak belajar pun kan.  tapi sebabkan staf-staf kat situ memang terbaik..bak kata orang "SDO mari tarak sombong", last-lastnya aku sendiri yang rasa kalau aku berhenti memang akulah staf SDO yang paling rugi.

ok la anyway ini bukan entry flascback. ini entry bebuka posa.flasback memori nanti kita buat next entry yup..hu hu..so meh continue balik story asal. 

so, aku dengan suami sampai ke majlis berbuka puasa tuh tepat jam 7.00 malam. waktu sampai je situ aku rasa macam aku salah majlis pulak.  semua orang yang aku jumpa waktu nak naik lift aku tak kenal langsung. Memang nampak sangat dah yang aku dah lama meninggalkan pejabat itu. 

tapi, elok pulak pintu lift terbuka, teruih ada dua orang kakak-kakak (umur dah baya mak aku, tapi aku jenis suka bagi orang lain terasa dirinya muda..heh heh heh) peluk aku erat-erat. terhiba tau. teruih semangat nak jumpa kawan yang lain-lain.  tiba je kat atas tengok ramai nya member-member lama.  masing-masing dah berubah..ada yang time dulu gemuk sekarang dah kurus. ada juga yang kurus dulu sekarang dah gemuk (ini aku) dan ada jgak yang maintain. mana yang dah kawin pulak dulu takde anak lagi sekarang jumpa dah berderet..aktif korang yerk..haha.

waktu ni aku rasa macam x nak makan je tapi nak menyembang.  rasa banyak perkara yang nak ditanya. hu hu mujur la encik suami tak kisah dan pandai bawak diri. suka tau puan isteri. boleh lari meja sana.meja sini menyembang.sory ye suami..he he.

selepas solat maghrib kami sambung balik makan-makan sehingga jam 8.30 malam kami terpaksa undur diri.  encik suami nak balik umah melepaskan hajat yang dari pagi terpendam. mua mua mua.

harap sangat lepas ni kita semua dapat jumpa lagi. cuma satu je aku agak terkilan. aku tak sempat nak berposing kenangan dengan diorang.  aku tengok keliling takde sorang pun bergambar. malu plak nak memulakannya. ha ha.

untuk tatapan hanya gambar ini je yang ado.gamba lama yang penuh dengan pelbagai cerita..

dah tengok kan. memang kuruih aku waktu ni

ok bye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan